Sabtu, Jun 30, 2007

Gotong-royong sk Gong Balai

Boss Sk Gong Balai sedang test power go-kart model terkini........
pelajar possing sambil pegang baldi dan penyodok sampah
sempat agi posing-posing...

Khamis, Jun 28, 2007

Majlis Tahlil Allahyarham Cikgu Mohd Ali bin Mohd Mahyuddin

Majlis tahlil untuk Allahyarham Cikgu Mohd Ali bin Mohd Mahyuddin, bekas guru besar SK Batangan anjuran Majlis Guru Besar daerah Marang akan diadakan di Masjid Pulau Kerengga pada 28.6.2007 bermula waktu Maghrib. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

Isnin, Jun 25, 2007

Syabas dan Tahniah



Rakan PKG Marang mengucapkan syabas dan tahniah diatas perlantikan Pengerusi PKG Marang Encik Mokhtar bin Ghani sebagai Yang Dipertua Pengerusi -Pengerusi PKG Terengganu sempena Mesyuarat pengurusan Pengerusi-Pengerusi PKG Terenganu di Cameron Highland pada 11 hingga 13 Jun 2007 yang lalu.

Mesyuarat JK Aktiviti PKG Terengganu


Mesyuarat Jawatankuas Pengurusan Aktiviti PKG Negeri Terengganu di Star Regency Apartmen Cameron Highlands Pahang pada 11-13 Jun 2007
Pengerusi PKG Marang telah dilantik sebagai YDP Pengerusi PKG Terengganu

Ahad, Jun 24, 2007

Perkhemahan Tahunan SMK Jambu Bongkok

SMK Jambu Bongkok akan mengadakan perkhemahan tahunan pada 5, 6 dan 7 Julai 2007 di SMK Jambu Bongkok, Marang, Terengganu.

Yang Rizal Bin Ahmad
SMK Jambu Bongkok

Kem Motivasi UPSR 2007

SK Gong Balai mengadakan Kem Motivasi bagi pelajar Tahun 6 bertempat di Merantau Inn, Dungun. Kem tersebut di adakan selama 3hari 2 malam. Seramai 69 orang pelajar tahun enam dan semua guru SK Gong Balai terlibat. Turut hadir semua ibubapa pelajar tahun 6.
Ceramah motivasi di sampaikan oleh pakar motivasi Prof.Madya Hj. Izuddin Ali.

Perkhemahan Tahunan SKBJ















Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform SK Bukit Jejulong telah diadakan pada 21 - 23 Jun 2007. Perkhemahan ini disertai oleh 100 orang murid Tahun 5 dan 6 yang terdiri daripada ahli PBSM, TKRS, Pengakap dan Puteri Islam. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Pn Ruhani binti Abdullah iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKBJ. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah dan demonstrasi mencegah kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Marang.

Khamis, Jun 21, 2007

SKM MENANG LAGI!!!


Pasukan KOIR SKMarang MENANG lagi!!!!


Penat lelah guru dan murid-murid SKM terbalas juga kerana

sejali lagi telah berjaya memenangi KEJOHANAN KOIR KEBANGSAAN NEGERI TERENGGANU yang berlangsung di SMK Pengkalan Berangan baru-baru ini.


Kemenangan 6 tahun berturut-turut ini amat dibanggakan dan telah mengharumkan nama SKM sehingga kini.


Dibimbing oleh gurunya, EN ROS AL SHAARY B YAAKUB..

Pasukan Marang yang terdiri SKMARANG, SK GONG NANGKA dan SK BUKIT PAYUNG ini akan mewakili Negeri Terengganu Ke KEJOHANAN KOIR PERINGKAT KEBANGSAAN di Kedah Julai ini.


TAHNIAHHHH!!!!!!

Semoga akan membawa kemenangan untuk Negeri Terengganu pula.

PENYELARAS ICT SK PULAU KERENGGA



Mulkiaman bin Sulaiman
Ni le pasukan SK Batangan yang dimaksudkan tu pimpinan akulaaa........... baju england bossss

Penyelaras ICT SK Bukit Jejulong


Nama : MOHD BAHARUZAIZI B IBRAHIM
No K/P: 710525-03-5705

KEM ELIT UPSR-SKGB 2007 di Merantau Inn

SKGB menganjurkan Kem UPSR di Merantau Inn. Pada 21-23 Jun 2007. Jom beramai-ramai ke kem tersebut .Bersama memeriahkan kem UPSR. Dan paling seronok jom bakar sotong beramai di pantai malam ini. Semua dijemput hadir.

Kejayaan SK Batangan

Pasukan hoki SK Batangan yang telah manjadi juara mssm Marang 2007, naib johan bawah 11 tahun karnival mini hoki msst 2006 dan tempat keempat kejohanan sama kategori bawah 10 tahun pada 2005.

Salam Dari PKG Marang



Saya Mat Sabri bin Ismail selaku Ketua PKG Marang mengucapkan salam perkenalan dan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan PKG Marang serta rakan-rakan pengarang blog pkg marang kerana telah memberikan sokongan sempenuhnya dalam menjayakan blog. http://www.pkgmarang.blogspot.com pada 20 Jun 2007. Semoga usaha kalian mendapat ramat Allah jua.

SK Pulau Kerengga

Penyelaras ICT SK Jenang


Rabu, Jun 20, 2007

Lagi gambar SMKTLS




Gambar-gambar sekitar Minggu Anti Dadah SMKTLS

salam dari penyelaras ict smk rusila

mintak maaf kawan2, saya tengah bercuti ni.

Gambar Terbaru SMK Jambu Bongkok


Ini gambar terbaru SMK Jambu Bongkok

RAKAN BARU

dari SMKSM

Dari SMKTLS


Majlis penyampaian hadiah Minggu Anti Dadah SMK Tengku Lela Segara


salam perkenalan SK.gong Nangka

congratulations

tahniah kepada pkg marang

penghargaan

sekalung tahniah untuk ptp pkg marang kerana berjaya mencipta blog untuk rakan d pkg marang.

Dari Bukit Jejulong


Rakan dari ICT S.K.MARANG


Pn. Jasleen bt Mohamed Razali

Telah berkhidmat selama 8 tahun di sekolah ini.

Memegang tugasan sebagai Guru ICT ini selama 5 tahun.


Ucapan : Berbesar hati dapat menyertai Laman KPI sekolah-sekolah

ini.

BIODATA GURU MEDIA SKSM


NAMA : NORLIZA MOHD

ALAMAT : LOT 8551, KG ALUR TUMAN,21600 MARANG, TERENGGANU.

Bengkel Kemahiran Keibubapaan

Pada 21 Jun 2007, PIBG SMK Jambu Bongkok dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Keibubapaan. Penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini adalah dua orang penceramah terkenal negara iaitu Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah. Semua dijemput hadir.
Yang Rizal Ahmad
SMK Jambu Bongkok

Ahad, Jun 17, 2007

Mesyuarat pengisian KPI Instrumen KPI

Semua guru penyelaras bestari / penyelaras makmal dikehendaki hadir pada hari rabu 20 jun 2007 di sk marang, jam 2.00 petang. Diharap semua dapat hadir.M10001

Khamis, Jun 14, 2007

Pusat Akses Sekolah Kelulut

Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Kelulut merupakan satu-satunya pusat akses fasa satu PKG Marang. Semua sekolah di Terengganu dijangka akan mendapat pusat Aksess menjelang tahun 2009. Cikgu Mat Al Huda Hanafi telah dilantik sebagai Guru Penyelaras Bestari SK Kelulut.

Pengenalan

Blog ini bertujuan menghubungkan silaturrahim guru-guru sekolah ahli pkg marang dan menyampaikan maklumat umum aktiviti pkg dan sekolah ahli pkg marang. TQ.