Isnin, Julai 30, 2007

Latihan Sehari GITN

Assalamualaikum,

Sekarang saya sedang menghadiri Kursus Latihan Sehari MSS Schoolnet. Berbagai informasi diperolehi melalui kursus ini. Slot pagi berkenaan dengan antivirus manakala slot petang pula diadakan bengkel.

Kursus Lagi....

Selamat menghadiri kursus MSS SCHOOLNET bagi penyelaras makmal komputer sekolah sekolah PKG Marang

Salam Perkenalan

Selamat Datang Kepada Semua Penyelaras ICT ke SK Seberang Marang pada 30 Julai 2007

SELAMAT BERKURSUS

Kepada Rakan-Rakan PKG Marang yang sedang menghadiri Kursus Pengurusan Keselamatan Rangkaian Schoolnet di SK Seberang Marang pada 30 Julai 2007 diucapkan syabas dan tahniah !!!. ceria-ceriakan diri anda.

Ahad, Julai 29, 2007

Kem Cakna Cemerlang UPSR 2007 - Gerak Gempur Fasa II

SK Pulau Kerengga akan mengadakan kem tersebut pada setiap hujung minggu bermula pada 20.7.2007 . Kem ini diadakan bagi memastikan calon-calon UPSR sekolah ini berada di tahap persediaan yang tinggi bagi menghadapai UPSR. Semoga segala usaha akan membuahkan hasil yang dihajati.

Kem Gemilang UPSR 07

SK Batangan akan mengadakan Kem Gemilang UPSR Siri 2 di Duta Retreat Beach Resort, Kampung Pasir Puteh, Merchang dan disertai oleh 44 orang murid tahun 6. Dengan diawasi oleh semua warga SKB dan dibimbing oleh tenaga pakar dikalangan Guru-guru UPSR dalam daerah Marang.

Khamis, Julai 26, 2007

SEKITAR PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT KEBANGSAAN DI ALOR STAR,KEDAH PADA 22-24 JULAI 2007


Peserta koir sedang mengikuti Raptai penuh sebelum malam pertandingan
Peserta koir sedang di solek oleh jurusolek yang diimport dari Marang
Pertandingan bermula
Cewah... macam buat konsert kat Hollywood je....
ni plak jurukamera amatur yang sedang membuat rakaman dari sudut yang sama dari mula acara sampailah habis....

ni anak-anak dari SK Gong Nangka
ni plak anak-anak dari SK Bukit Payong
ni dari SK Marang
Acara akhir terima hadiahlah pulak.... tahniah gabungan 4 buah sekolah yang telah membentuk pasukan koir negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan... sekolah-sekolah tersebut ialah SK Gong Nangka, SK Marang, SK Bukit Payong dan SRJK(C) Wakaf Tapai.
pasukan yang muncul sebagai johan pertandingan koir peringkat kebangsaan 2007 dari Negeri Sembilan.... tahun depan Terengganu nok plok lah wehh...














































Selasa, Julai 24, 2007

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK SEBERANG MARANG

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK SEBERANG MARANG 2007

Baru-baru ini, SMK Seberang Marang telah berjaya menganjurkan Minggu Sains dan Matematik yang berlangsung selama seminggu. Di sini dilampirkan gambar-gambar sepanjang program tersebut.


Sudut menguji IQ


Pelajar mencuba eksperimen yang disediakan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang



Acara paling grand... Explorace!!

Tahun hadapan Insya Allah kami akan buat projek lebih grand lagi. Chow!


Isnin, Julai 23, 2007

sekolah keb marang


Assalamu'alaikum. Saya Hj Sulaiman bin Jang, Guru Besar SK Marang mengucapkan Selamat Berjaya dalam operasi di lokasi baru Sekolah Kebangsaan Gong Nangka harap-harap sepanjang di SK Marang , abadikanlah kenangan-kenangan manis. Hubungan erat SK Marang dan PKG Marang akan tetap utuh dan berkekalan.(23Julai 2007).

Ahad, Julai 22, 2007

Lawatan PRS Puncak Kerjaya SMKTLS

Peserta lawatan dan guru pengiring sedang bergambar dengan Kapten Halina dan pembantu juru terbang

Rabu, Julai 18, 2007

PKKO BARU SKMARANG







PERTUKARAN & LANTIKAN BARU PKKO, SKMARANG
En. Mohd Noor bin Hassan telah berkhidmat di SKMarang selama 5 Tahun disini sebagai Pen. Kanan Ko telah bertukar ke SK Banggol Katong mulai 1 Julai 2007 baru-baru ini. Pihak SKMarang amat berterima kasih di atas jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh beliau kepada sekolah ini. Terutama dalam pentadbiran dan pengurusan bidang Kokurikulum sekolah. Terima kasih sekali lagi. Selamat bertugas di tempat baru.

Berikutan dengan pertukaran tersebut, PKKO baru telab dilantik. Dari jawatan Penyelia Petang selama 7 tahun di sini, En Razali bin Che Mat telah diberi kepercayaan seratus peratus untuk menerajui bidang kokurikulum sekolah ini. Beliau juga terkenal dengan guru berjiwa seni telah beberapa kali telah mewakili pelukis-pelukis negeri ke peringkat negeri dan kebangsaan untuk menyertai Pameran Senilukis Peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan atas lantikan ini. Selamat menjalankan tugas.




Selasa, Julai 17, 2007

KARNIVAL KAUNSELING DAN KERJAYA PERINGKAT NEGERI

Karnival kaunseling dan Kerjaya Peringkat Negeri Terengganu akan diadakan di BTPN dan SMK Tengku Lela Segara pada 31 Julai 2007. Syabas diucapkan kepada murid-murid dan pelajar yang terpilih menyertai karnival ini.

Pra Percubaan UPSR

Tahniah....
pelajar SKGN yang mendapat 5A pra percubaan UPSR baru-baru ni.

Ahad, Julai 15, 2007

Ketua Pelajar SKGN yang pertama

Adik Liyana Syazwani merupakan ketua pelajar SK Gong Nangka yang pertama. Seorang pelajar yang aktif terutama dalam pengucapan awam, 22 Julai ni Liyana akan mewakili Terengganu ke Pertandingan Koir Peringkat Kebangsaan di Alor Star, dari segi akademik dia masih kekal sebagai pelajar terbaik SKGN.

Tenpin Boling

Pasukan Tenpin Boling SK Gong Nangka meneruskan latihan hujung minggu di TER Kuala Ibai.

Gambar sempena Hari Koperasi SMK Tengku Lela Segara




Pada 21 Jun 2007, SMK Tengku Lela Segara telah menyambut Hari Koperasi peringkat sekolah. Banyak program telah diadakan antaranya pertandingan melukis dan kuiz koperasi.

Gambar-gambar sempena kehadiran Duta GPMS ke SMK Tengku Lela Segara


Pada 24 Jun 2007, Nadirah iaitu salah seorang pelajar cemerlang SPM 2006 dan Duta GPMS telah menghadiri satu sesi ceramah bersama pelajar di SMK Tengku Lela Segara.

Jumaat, Julai 13, 2007

Setiap hari Khamis bermula pukul 12.50 hingga 2.00 petang, semua guru-guru SK Gong nangka mengikuti kelas Bahasa Inggeris dibawah program bimbingan taulan yang dikendalikan oleh guru-guru opsyen Bahasa Inggeris sekolah ini. Program ini meliputi pengucapan awam, mikro teaching, ujian dan tetorial. Menurut Cikgu Roshida yang merupakan PK 2 sekolah ini, beliau amat kagum dengan kerjasama, kesungguhan dan ketekunan semua guru sekolah ini dalam usaha mendalami dan menguasai Bahasa Inggeris. Sudah tujuh kali program ini diadakan tidak ada seorang pun lagi guru yang ponteng kecuali jika terlibat dengan mesyuarat diluar, tetapi jika mesyuarat diadakan di PPD Marang, guru-guru yang terlibat biasanya menghabiskan dulu sesi ini sebelum ke PPD.
Selain daripada itu, SKGN juga mengadakan kelas P&P Muzik untuk guru-guru subjek muzik setiap hari Rabu ( 12.50-1.50 t'hari) dibawah bimbingan fasilitator jemputan, ini kerana SKGN tiada guru yang mempunyai kemahiran mengajar subjek ini, dan sebagai alternatifnya kelas ini diadakan, kata ketua panitia muzik Cikgu Zaimah.
Guru-guru SKGN Tekun menjawab soalan ujian muzik.

Kem Motivasi SKGN

Kem motivasi "anda cemerlang, ibu riang, bapa senang,cikgu tenang" yang diadakan di SKGN untuk pelajar2 UPSR 2007 telah berjaya menyuntik semangat pelajar untuk mencipta kejayaan di dalam peperiksaan UPSR September ini. Menurut pengarah projek Cikgu Wan Rahanah, program ini telah dijalankan selama empat hari empat malam bertempat di sekolah Gong Nangka sahaja dengan belanja yang cukup minimum tetapi amat berkesan. Semua guru SKGN terlibat memberi sokongan dan tenaga dalam usaha menjayakan kem ini, beliau bersyukur kerana guru-guru sekolah ini amat komited dan tidak jemu membantu bukan saja dari segi tenaga, masa dan kepakaran tetapi juga turut menghulur derma bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Kem ini akan diteruskan pada 14 Julai ini pula dengan tenaga pengajar dan kepakaran motivasinya hanya dikalangan guru-guru sekolah ini. Go!!!Nang...

Rabu, Julai 11, 2007

Kem Kecemerlangan Elit UPSR 2007 SK Pulau Kerengga

Kem Kecemerlangan Elit bagi calon-calon UPSR 2007 SK Pulau Kerengga akan diadakan pada 14.7.2007 ini di Klinik Kesihatan Merchang. Kem ini bertujuan mempertingkatkan lagi tahap persediaan calon-calon UPSR bagi menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Selasa, Julai 10, 2007

HARI CAKNA AKADEMIK SMK SEBERANG MARANG

SMK Seberang Marang akan mengadakan Hari Cakna Akademik 2007 pada Sabtu, 14 Julai 2007. Semua ibu bapa pelajar dijemput hadir.

Khamis, Julai 05, 2007

Perkhemahan Unit Beruniform SMK Seberang Marang

Pada 21, 22 dan 23 Jun baru-baru ini SMK Seberang Marang telah berjaya menganjurkan perkhemahan unit beruniform di Sekayu. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam perkhemahan ini. Jumpa lagi tahun hadapan di Duakayu.. chow








Baru tiba kat tapak khemah.Ni dah kira kes dera ni..
Semangat patriotik berkobar-kobar...
Kem komandan memantau anak-anak buahnya..

SKMarang dalam PEMBANGUNAN!!



S.K.Marang dalam pembangunan..

InsyaAllah, SKMarang akan berwajah baru dan bertambah cantik 2 atau 3 tahun lagi.

Puan Rosidah Ramli, Penyelaras ICT SMK Seberang Marang