Selasa, Mei 13, 2008

Perkhemahan Badan Beruniform

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan Marang pada 8 - 10hb Mei 2008 telah berlangsung di padang SKM.Pihak Bomba Marang juga dijemput untuk mengadakan sesi Penggunaan Bahan Pemadam Api. Keseluruhannya, Puteri Islam telah berjaya membolot kemenangan majoriti acara yang telah diadakan. Tahniah!.

Khamis, Mei 08, 2008

Kenangan Manis Bersama Mu, Tn Hj Sulaiman


Kelmarin, 7hb Mei 2008 adalah hari terakhir bagi Tn Hj Sulaiman bin Jang bertugas di sekolah ini. Beliau sangat disayangi oleh seluruh warga SKM. Segala kenangan manis bersama akan sentiasa abadi di ingatan kami semua.Selamat bertugas di sekolah baru, S.K Bukit Payung.Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup beliau...

Sabtu, Mei 03, 2008

SELAMAT TINGGAL, SELAMAT DATANG GB GONG BALAI

Warga SK Gong Balai mengucapkan selamat tinggal kepada Guru Besar yang disayangi En Khamaruddin b Hj Yaakob dan mengucapkan selamat datang kepada guru besar yang baru En Zakaria bin Othman dari Sk Merchang.
En Khamaruddin telah bertukar dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Marang. Kami semua warga SK Gong Balai sentiasa mendoakan agar beliau sukses sokmo dan segala jasa baik dan senyum tawa "ex-boss" kami sentiasa ingati....