Isnin, Ogos 18, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU


Dua Pengantin Baru. Sebelah kiri dari SK Marang, sebelah kanan dari SK Pengkalan Berangan. Tahniah....

Rabu, Ogos 13, 2008

LAWATAN KERJAYA MURID PEMULIHAN



Lawatan Kerjaya Murid Pemulihan dianjur oleh Unit Pemulihan untuk membuka minda dan melihat suasana P & P di sekolah S.K. Sungai Berua, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Lawatan ini telah bertolak pada 11 Ogos 2008, Isnin
Masa, 9.00 pagi - 12.00 tgh
Peserta, 14 orang murid pemulihan dan 3 orang guru pengiring

Rasional : Keberkesanan P & P di sekolah adalah dianggap penting bagi memastikan setiap murid mengetahui sesuatu perkara dengan jelas. Sehubungan itu, adalah wajar bagi setiap indivigu mendapat maklumat dan pengalaman hasil dari tempat yang dilawati.

Objektif :
1. Membuka minda murid luar dari Daerah Marang.
2. Mengenal dan meluaskan pengetahuan baru.
3. Memupuk semangat toleransi dan setiakawan.

Ahad, Ogos 10, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU


17 Ogos 2008 - Saat mendebarkan telah tiba, Selamat Pengantin Baru

Rabu, Ogos 06, 2008

PERTANDINGAN ESSEMBLE RECORDER



MARANG JUARA LAGI.....
6hb Ogos 2008, Pertandingan Essemble Recorder telah diadakan di SMK Seri Serating, 9.00 pagi - 1.30 petang tadi.
Majlis itu berjalan dengan sempurna dan dirasmikan penutup oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Cuma 3 pasukan yang menyertai pertandingan ini iaitu, Daerah Marang, Kemaman dan Dungun.
Johan - Daerah Marang
Naib Johan - Daerah Kemaman
Ketiga - Daerah Dungun
Tahniah kepada semua pemenang!!!