Selasa, Mei 12, 2009

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pasukan Koir SK Marang sekali lagi telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Negeri Terengganu kali ke-8 berturut-turut yang telah diadakan di SMK Seri Dungun, Dungun baru-baru ini. Pasukan sekolah akan meneruskan perjuangan di Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada Oktober ini. Kemenangan berganda bagi Daerah Marang, kerana Pasukan Koir SMK T.Lela Segara juga telah julung-julung kalinya Johan dalam Pertandingan Koir Sekolah Menengah. Sejumlah besar pelajar-pelajarnya adalah bekas pelajar SK Marang. TAHNIAH!!!!

Isnin, Mei 11, 2009


Sukacita dimaklumkan bahawa Penolong Pengarah BTPN Terengganu Unit Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan,Cik Juraida bt. Umat telah bertukar ke JPN Terengganu menjawat Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris,Sektor Pengurusan Akademik mulai 5 Mei 2009.
Sesungguhnya pertukaran kenaikan pangkat ini merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua warga PSS,namun sekolah-sekolah di seluruh negeri Terengganu masih lagi beruntung kerana khidmat,komitmen dan ketrampilan beliau dalam mempertingkatkan mutu pendidikan amat berwibawa.

Rabu, Mei 06, 2009


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) kini diterajui oleh Y,Bhg.Datin Dr. Siti Zaleha Abdullah Sani menggantikan Tuan Hj, Adenan Deraman yang bertukar sebagai Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia,
PKG Marang mengalu-alukan perlantikan Datin sebagai Pengarah BTP yang baru. Semoga dengan perlantikan ini memperkasa dan menyemarakkan lagi PKG dan seterusnya menyusur ke sekolah-sekolah ahli.






Kumpulan nasyid SMKA Durian Guling,Marang muncul sebagai johan festival nasyid sekolah-sekolah negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 2 Mei 2009 bertempat di SMKA Durian Guling.Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang oleh Y.B. Adun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad.Hadir sama di majlis tersebut ialah ketua sektor pendidikan agama islam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,Hj.Wahid Setia.
Dua pasukan nasyid ini akan mewakili negeri Terengganu ke festival nasyid sekolah –sekolah peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai di Kuantan,Pahang.
Kumpulan nasyid Shoutun Nisa’ SK Marang mewakili daerah Marang telah menyampaikan persembahan yang memberangsangkan,namun tewas dalam persaingan amat sengit bagi kategori sekolah rendah.Semoga pengamatan guru besar dan jurulatih sekolah dalam persembahan sekolah-sekolah diharap akan menjulang daerah Marang pada masa hadapan.Tahniah daerah Marang.

Ahad, Mei 03, 2009

Kem Motivasi UPSR 2009

SK Gong Balai akan mangadakan Kem Teknik Menjawab soalan UPSR di Dahima Guest House, Rantau Abang pada 7,8 dan 9 Mei 2009. Kem 3 hari 2 malan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid dan mendedahkan murid kepada teknik-teknik mmenjawab soalan UPSR.

Segala sumbangan atau idea untuk meningkatkan mutu kem tersebut amatlah dialu-alukan. Marilah kita bersama menjayakan kem tersebut.

SK Gong Balai email: digi_celcom@yahoo.com.my