Isnin, Februari 08, 2010

Rombongan PPD

Rombongan daripada PPD Marang nak datang ke SMK Jambu Bongkok hari ini.

Ahad, Jun 21, 2009

Futsal n volleyball

Salam wat semua warga guru. Bila lagi PKG Marang nak anjurkan futsal dan volleyball untuk semua warga guru Marang. Harap-harap ada kejohanan untuk menyemarakkan semangat warga guru yang minat sukan.Tahun 2007 nak abis dah ni... Nanti bulan puasa pulak.....

Selasa, Mei 12, 2009

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pasukan Koir SK Marang sekali lagi telah memenangi Pertandingan Koir Peringkat Negeri Terengganu kali ke-8 berturut-turut yang telah diadakan di SMK Seri Dungun, Dungun baru-baru ini. Pasukan sekolah akan meneruskan perjuangan di Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada Oktober ini. Kemenangan berganda bagi Daerah Marang, kerana Pasukan Koir SMK T.Lela Segara juga telah julung-julung kalinya Johan dalam Pertandingan Koir Sekolah Menengah. Sejumlah besar pelajar-pelajarnya adalah bekas pelajar SK Marang. TAHNIAH!!!!

Isnin, Mei 11, 2009


Sukacita dimaklumkan bahawa Penolong Pengarah BTPN Terengganu Unit Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan,Cik Juraida bt. Umat telah bertukar ke JPN Terengganu menjawat Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris,Sektor Pengurusan Akademik mulai 5 Mei 2009.
Sesungguhnya pertukaran kenaikan pangkat ini merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua warga PSS,namun sekolah-sekolah di seluruh negeri Terengganu masih lagi beruntung kerana khidmat,komitmen dan ketrampilan beliau dalam mempertingkatkan mutu pendidikan amat berwibawa.

Rabu, Mei 06, 2009


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) kini diterajui oleh Y,Bhg.Datin Dr. Siti Zaleha Abdullah Sani menggantikan Tuan Hj, Adenan Deraman yang bertukar sebagai Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia,
PKG Marang mengalu-alukan perlantikan Datin sebagai Pengarah BTP yang baru. Semoga dengan perlantikan ini memperkasa dan menyemarakkan lagi PKG dan seterusnya menyusur ke sekolah-sekolah ahli.






Kumpulan nasyid SMKA Durian Guling,Marang muncul sebagai johan festival nasyid sekolah-sekolah negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 2 Mei 2009 bertempat di SMKA Durian Guling.Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang oleh Y.B. Adun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad.Hadir sama di majlis tersebut ialah ketua sektor pendidikan agama islam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,Hj.Wahid Setia.
Dua pasukan nasyid ini akan mewakili negeri Terengganu ke festival nasyid sekolah –sekolah peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai di Kuantan,Pahang.
Kumpulan nasyid Shoutun Nisa’ SK Marang mewakili daerah Marang telah menyampaikan persembahan yang memberangsangkan,namun tewas dalam persaingan amat sengit bagi kategori sekolah rendah.Semoga pengamatan guru besar dan jurulatih sekolah dalam persembahan sekolah-sekolah diharap akan menjulang daerah Marang pada masa hadapan.Tahniah daerah Marang.

Ahad, Mei 03, 2009

Kem Motivasi UPSR 2009

SK Gong Balai akan mangadakan Kem Teknik Menjawab soalan UPSR di Dahima Guest House, Rantau Abang pada 7,8 dan 9 Mei 2009. Kem 3 hari 2 malan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid dan mendedahkan murid kepada teknik-teknik mmenjawab soalan UPSR.

Segala sumbangan atau idea untuk meningkatkan mutu kem tersebut amatlah dialu-alukan. Marilah kita bersama menjayakan kem tersebut.

SK Gong Balai email: digi_celcom@yahoo.com.my

Isnin, April 20, 2009

MAJLIS ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU 2009


Ahad, 19 April 2009 - Majlis Anugerah Nilam Peringkat Negeri Terengganu 2009 telah berlangsung dengan disempurnakan perasmiannya oleh Dr. Masnah Ali Muda Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Nur Razlina binti Rozi dari SMK (A) Sheikh Abdul Malek dinobatkan Tokoh Nilam bagi kategori Sekolah menengah (SM). Manakala Aina Syafiqah binti Isa dari SK Padang Mengkuang dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Sekolah Rendah (SR). Seramai 55 orang calon SR dan SM termasuk kategori Pedalaman telah menyertai proses pemilihan penganugerahan ini. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Di bahu mereka terpikul tanggungjawab untuk meraih seterusnya mengharumkan nama Negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan.

Rabu, Oktober 22, 2008

KURSUS PPSMI FASA VI, PERINGKAT DAERAH MARANG















KURSUS PPSMI FASA VI, PERINGKAT DAERAH MARANG...
Kursus ini akan diadakan dari 21hb Oktober hingga 6 November ini.
Kursus ini dikendalikan oleh pihak MIMOS.
Ia akan diadakan sebanyak 4 sesi.
Kepada semua sekolah Daerah Marang yang menerima notebook PPSMI Fasa VI akan menyertai kursus ini.
Makmal Komputer SK Marang telah menjadi pilihan pada tahun ini.