Khamis, Ogos 30, 2007

SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEB GONG NANGKA


30 Ogos 2007: Sambutan diambang kemerdekaan peringkat sekolah berjalan dengan penuh meriah, bersemangat dan berjiwa merdeka

selain dari persembahan pelajar guru-guru juga turut mendendangkan lagu-lagu patriotik


laungan "Merdeka" telah dilaungkan sebanyak 7 kali oleh PKKK iaitu Cg. Zairul dengan diikuti oleh semua guru dan pelajar. Selain itu satu pertandingan melukis poster turut diadakan sempena menyambut hari kemerdekaan negara tercinta Malaysia.

Rabu, Ogos 29, 2007

Persiapan Terakhir Menjelang UPSR


Saat-saat menjelang UPSR... moga anda semua berjaya.
Menjelang UPSR, Hampir semua soalan percubaan negeri-negeri lain telah dibuat oleh bakal-bakal calon UPSR 2007 SK Gong Nangka. Pada 30hb Ogos 2007, satu majlis solat hajat, bacaan Yassin, tahlil dan doa bersama ibubapa kali ke3 akan diadakan di dewan SK Gong Nangka. Majlis ini dikendalikan oleh PIBG sekolah ini, dengan harapan pelajar-pelajar sekolah ini beroleh kejayaan yang cemerlang...

Malysiaku Gemilang...

SK Jambu Bongkok akan mengadakan Majlis Solat hajat UPSR pada 30 Ogos 07 pada hari Khamis pada masa yang sama juga diadakan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah, pelbagai aturcara diadakan utuk memeriahkan majlis tersebut. Seekor lembu telah dikorbankan untuk kedua-dua majlis tersebut hasil sumbangan guru-guru dan kakitangan sekolah.



Sebelum ini, SK Jambu Bongkok telah di singgahi oleh beberapa konvoi kembara kemerdekaan antaranya Konvoi Kembara kemerdekaan Kem Penerangan M'sia, Kembara Berbasikal RIMUP, Kembara March Ang. Tentera M'sia, Kembara Jelajah Merdeka Berbasikal UKM dan Kembara kemerdekaan Kem Kesihatan Terengganu.

Solat Hajat UPSR

Warga Sk Batangan dengan kerjasama PIBG SK Batangan akan mengadakan majlis Solat Hajat UPSR pada 30 Ogos 2007 malam. Acara akan bermula dengan Solat Maghrib di surau sekolah dan diikuti dengan solat hajat untuk UPSR dan diakhiri dengan solat Isyak serta jamuan ringan. Warga pendidik yang dari sekolah yang berdekatan yang ingin turut serta amatlah dialu-alukan...

Sambutan Kemerdekaan

Sambutan hari ulangtahun kemerdekaan ke 50 peringkat Sekolah Batangan akan diadakan pada 30 Ogos 2007.
Aturcara bermula dengan perarakan disekitar kampung Batangan dan disusuli dengan acara dewan. Antara acara dewan yang akan diadakan ialah persembahan koir, deklamasi sajak, pertandingan melukis poster dan pertandingan mewarna bagi murid tahap satu serta pertandingan membuat buku skrap yang telah dilancarkan pada awal bulan ogos. Juga acara penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya dalam pertandingan. Pasukan koir akan menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Impianku.

Selasa, Ogos 28, 2007

Solat Hajat UPSR 2007 SK Pulau Kerengga

SK Pulau Kerengga sekali lagi akan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Solat sunat hajat untuk calon-calon UPSR 2007 buat kali terakhirnya pada 30.8.2007 (Hari Khamis malam Jumaat) bertempat di surau SK Pulau Kerengga bermula waktu Maghrib. Semua ibu bapa calon UPSR 2007 serta warga sekolah dipersilakan hadir. Semoga segala usaha akan diberkati... Insyaallah

BEREHAT DI CAMERON HIGHLAND


Pada 6 hingga 8 September 2007 ini, guru-guru Tahun 6 SK Gong Nangka akan ke Cemeron Highland untuk berehat setelah penat "mencaknakan"pelajar-pelajar UPSR sekolah ini. Selamat pergi berehat diucapkan.. jangan lupa strawberry coklat.


Rabu, Ogos 22, 2007

Lawatan Sambil Belajar S.K.Marang



















16hb-20hb Ogos, Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka oleh pelajar Tahun 5 dan 4 SKM telah diadakan pada awal cuti baru-baru ini. Seramai 34 orang murid 8 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini.





Destinasi lawatan ialah seperti Petrol Sains dan 'Sky Bridge', KLCC, Putrajaya, Eye On Malaysia, Mines Wonderland, Bandar Hilir dan Zoo Melaka.
Murid turut didedahkan dengan pengalaman menaiki komuter dari hentian PUTRA ke Seremban.

BERSAMA MERIAHKAN BULAN KEMERDEKAAN

16 Ogos 2007, SK Gong Nangka telah melancarkan sambutan bulan kemerdekaan ke-50 negara Malaysia tercinta. semangat patriotisme dan cintakan negara perlu dipupuk didalam diri kanak-kanak diperingkat sekolah rendah lagi, agar mereka mempunyai jatidiri dan menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH DENGAN PELAJAR TARGET UPSR DAERAH MARANG PADA 21 OGOS 2007




Moga Daerah Marang Cemerlang tahun ni.... Insya'Allah.



Majlis Perjumpaan Ibubapa dengan Guru-Guru UPSR SK Gong Nangka

Pada hari Sabtu 11 Ogos 2007 yang lalu, SK Gong Nangka telah mengadakan perjumpaan dengan ibubapa pelajar UPSR 2007 bagi membincangkan tindakan terakhir sebelum UPSR menjelang. Lebih 90% ibubapa hadir. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai PPD Marang (Sn&Mt) En. Zamri. Selain itu Cikgu Maliha telah menyempurnakan sesi motivasi.






Khamis, Ogos 16, 2007

JAMUAN PERPISAHAN PKKO




















8hb Ogos 2007, Rabu-Jamuan Perpisahan PKKO, En Mohd Noor Bin Hassan telah diadakan.


Majlis itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan Marang bersama guru-guru, kakitangan dan murid-murid SKM.

Kemudian diikuti dengan Jamuan Perpisahan di Hotel Park Royal, Kuala Terengganu..

P/S ; Selamat berpisah Cikgu mohd Noor, Semoga terus aktif di sekolah baru

FUTSAL

Jadi ke Team Futsal Wanita & Lelaki SK Marang berlawan dengan SK Gong Nangka 16hb ni? Bukan apa, kalau tak jadi kita orang nak main boling....

Rabu, Ogos 15, 2007

'Fuse Box' Meletup


MALANG TIDAK BERBAU......

Satu letupan pada fuse box makmal komputer SK Bukit Jejulong pada 30 Julai 2007 menyebabkan satu kebakaran kecil telah berlaku. Kejadian itu disedari oleh Guru Penolong Kanan 2 yang kebetulan berada di luar makmal komputer. Pada masa yang sama, proses P&P sedang berjalan menyebabkan suasana menjadi panik seketika. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh guru-guru dan pekerja.
Atas komitmen yang diberikan oleh JPNT dan PPD Marang, usaha pembaikan telah dijalankan oleh pihak JKR Elektrik dan TNB. Kerja-kerja berkenaan telah diselesaikan pada 14 Ogos 2007 dan makmal komputer telah beroperasi seperti biasa.
Terima kasih pada semua pihak yang telah mengambil tindakan yang pantas dalam usaha memulihkan bekalan eletkrik ke makmal komputer.

Selasa, Ogos 14, 2007

Sembahyang Hajat untuk Pelajar UPSR 2007 SKG Nangka

Baru-baru ini sebahagian besar ibubapa telah mengadakan bacaan Yassin,Solat Hajat memohon kepada Allah s.w.t. moga memberi kejayaan kepada pelajar UPSR tahun ini. Penyalaras program Ust Wan Ali menyatakan, sambutan ibubapa amat menggalakkan dan komitmen yang padu ini diharap memberi impak yang terbaik untuk kejayaan pelajar dalam UPSR 2007

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG




Pada 1 Ogos 2007 SK Gong Nangka telah melancarkan kempen kibar jalur gemilang. Menurut PKKK Cg. Zairul Hisham kempen ini bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa cintakan negara dan semangat petrotisme dikalangan semua warga SKGN.


Isnin, Ogos 06, 2007

Hari Kerjaya Dan Kaunseling Peringkat Negeri Terengganu

Di sini saya sertakan beberapa gambar sekitar Hari Kerjaya Dan Kaunseling Sekolah Peringkat Negeri Terengganu

Saipul Masri bin Mamat Penyelaras Makmal Komputer SK Pasir Puteh.


Saipul Masri bin Mamat
Penyelaras Makmal Komputer SK Pasir Puteh

Khamis, Ogos 02, 2007

BENGKEL MEMBINA E-MAIL SKMARANG


25hb Julai 2007-Rabu, Unit ICT S.K.Marang telah mengadakan Bengkel Membina e-Mail kepada semua guru-guru serta kakitangan.
Bengkel itu berjaya dijalankan dan dikendalikan oleh guru ICT dan jemputan Pegawai PKG Marang, En Sabri dan En. Romzi. Ucapan terima kasih daripda pihak sekolah kepada pihak PKG kerana sudi menjenguk dan memberi sedikit tunjuk ajar kepada kami.

Majlis Penyerahan Pusat Akses SK Gong Balai

Tahniah Kepada SK Gong balai kerana telah menerima dengan rasminya Pusat Akses Fasa 3 pada 23 Julai Yang lalu. dengan ini Rakan PKG Marang telah mempunyai dua Pusat Akses iaitu di SK Kelulut dan SK Gong Balai. Dalam masa terdekat pula dijangkakan SMK tengku Lela Segara akan menerima Pusat akses. Dipohon agar rakan kita di SK Gong Balai menghantar gambar pusat akses beserta gambar penyelaras pusat akses ke blog ini. Terima Kasih.

Berita dari SK Gong Balai

SK Gong Balai akan mengadakan Perkhemahan Kem Waja Diri pada 9,10 dan 11 Ogos ini bertempat di Padang SKGB. Seramai 140 pererta terdiri daripada Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Puteri. Peserta terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6.
Penyelaras Unit Beruniform SKGB, Cikgu Jazlan Hashim berkata, tujuan kem ini diadakan adalah untuk menbentuk jati diri semua peserta yang akan menempuh peperiksaan dan menyuntik semangat setiakawan semperna sambutan bulan kemerdekaan.
Semua pengunjung blog ini dijemput sama sama memeriahkan kem tersebut pada hari jumaat semperna Malam Kebudayaan dan jamuan BBQ anjuran Kelab Keluarga SKGB.

Rabu, Ogos 01, 2007

Friendly Match

Pada 31 julai 2007 iaitu pada hari selasa, telah diadakan perlawanan persahabatan futsal antara smk Tengku Lela Segara dan sk Gong Nangka/Marang. Pada mulanya perlawanan persahabatan ini akan diadakan di padang bola sepak Telekom Marang tetapi disebabkan hujan lebat perlawanan diadakan di gelanggang futsal Chendering. Perlawanan persahabatan ini telah berjalan dengan lancar. Diharap lebih banyak lagi friendly match bola sepak antara sekolah-sekolah marang.