Rabu, April 23, 2008

PAMERAN HIDUP SIHAT






22hb April 2008, Selasa, Di Sekolah Kebangsaan Marang, telah berlangsung Pameran Hidup Sihat yang telah di anjur oleh pihak Jabatan Kesihatan. Pameran itu khusus diadakan untuk pendedahan mengenai penjagaan kesihatan terutama bagi murid tahap dua..

Rabu, April 16, 2008

SELAMAT TINGGAL SEMUA.....

Assalamualaikum wrm.wbrkt...
Saya, Mulkiaman bin Sulaiman dari SK Pulau Kerengga ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima arahan pertukaran dari JPNT ke SK Kg Nyior, Dungun, Terengganu mulai 16.3.2008.
Oleh yang demikian, saya menerima serta akur kepada arahan tersebut. Jadi, di kesempatan yang ada ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya di sepanjang saya berada di PKG Marang sejak 1.1.2000 hinggalah sekarang terdapat kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan... Sehingga kita bertemu lagi didoakan semoga PKG Marang sukses selalu. Sekian.

Isnin, April 14, 2008

Program Meniti Jaya SMK Seberang Marang



Assalammualaikum...


SMK Seberang Marang akan mengadakan Program Meniti Jaya 2008. Aturcara majlis adalah seperti berikut :
Tarikh : 17 April 2008 (Khamis)
Masa : 8.00 - 12.30 Tgh
Tempat : Dewan Al-Farabi, SMK Seberang Marang
8.00 - 10.00 pg - Meniti Titian Jaya
10.00 pg - Rehat
10.30 - 12.30 Pg - Cubit-cubit Sayang
Serahan Slip Target PMR & SPM 2008 kepada ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 & 5
Semua ibu bapa pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dijemput hadir. Bersama-sama kita bermuafakat untuk kecemerlangan anak-anak kita.

Khamis, April 10, 2008

Perlawanan Futsal 4 Penjuru

Assalamualikum

Perlawanan Futsal empat penjuru antara sekolah-sekolah PPD Marang telah diadakan pada 9 April 2008. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Tengku Lela Segara, SK Gong Nangka, SK Rusila dan SK Jenang. Perlawanan empat penjuru ini telah dimenangi oleh:

Johan : SK Gong Nangka
Naib Johan : SK Rusila
Tempat Ketiga : SMK Tengku Lela Segara
Tempat Keempat : SK Jenang
(kalau saya tersilap, tolong perbetulkan ye)

Diharap aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Ia bukan sahaja satu pertandingan, malah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara guru-guru dan kakitangan PPD Marang.

Rabu, April 09, 2008

Tahniah! Cikgu Kamardin b Kaffi



Tahniah Cikgu Kamardin bin Kaffi di atas lantikan sebagai Guru Besar Ke S.K. Pancur Merah, Setiu..

Isnin, Mac 31, 2008

Kem Solat Bestari Per-1

Sekolah Kebangsaan Marang telah mengadakan Kem Solat Bestari kali-1, 2008, pada 29hb Mac 2008, Sabtu baru-baru ini. Terima kasih kepada semua guru sekolah dan guru fardu ain yang terlibat.

Rabu, Januari 09, 2008

Rakan Baru PKG Marang

Selamat Tahun Baru. Kami seluruh Warga SK Kelulut mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar Baru Cikgu Abddulah bin Ali dari PPD Kuala Terengganu dan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Cikgu Hj Ismail Abd hamid yang bertukar ke SK Kg Baru Kuala Abang, Dungun.

Isnin, Disember 24, 2007



Laman Web Rasmi SK Seberang Marang

mulai sekarang.. laman web rasmi sk seberang marang boleh dilayari melalui alamat

skseberangmarang.net

Rabu, November 28, 2007

Selamat Bercuti

Warga SKM mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru Daerah Marang.