Khamis, Jun 12, 2008

Marang Menang Lagi!!!!



Pertandingan Koir Sekolah Rendah & Menengah Peringkat Negeri Terengganu,2008

11hb Jun 2008 - Rabu, 10.00 pagi. Bertempat di Dewan SMK Tengku Ibrahim, Setiu.
Keputusan : Kategori Sek Rendah ;
JOHAN - Daerah Marang
KEDUA - Daerah Setiu
KETIGA - Daerah Besut

Jurulatih : Cikgu Ros Al Shaary b Yaakub & Cikgu Fazli Abd Wahab

Pasukan Koir Daerah Marang yang diwakili oleh murid-murid dari S.K. Marang, S.K. Bukit Payong dan S.K. Gong Nangka seramai 35 orang termasuk Cikgu Shaary selaku pemain kibod, mengekalkan kejuaraan dalam kategori Koir Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu buat kali ke 7 berturut-turut. Pasukan ini akan mewakili Negeri Terengganu ke Petandingan Koir Peringkat Kebangsaan 2008 yang akan diadakan di Putrajaya pada awal Ogos 2008. Kem serta latihan pusat akan diadakan bermula minggu hadapan bagi memantapkan pasukan menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan nanti.

Tiada ulasan: