Jumaat, Julai 13, 2007

Kem Motivasi SKGN

Kem motivasi "anda cemerlang, ibu riang, bapa senang,cikgu tenang" yang diadakan di SKGN untuk pelajar2 UPSR 2007 telah berjaya menyuntik semangat pelajar untuk mencipta kejayaan di dalam peperiksaan UPSR September ini. Menurut pengarah projek Cikgu Wan Rahanah, program ini telah dijalankan selama empat hari empat malam bertempat di sekolah Gong Nangka sahaja dengan belanja yang cukup minimum tetapi amat berkesan. Semua guru SKGN terlibat memberi sokongan dan tenaga dalam usaha menjayakan kem ini, beliau bersyukur kerana guru-guru sekolah ini amat komited dan tidak jemu membantu bukan saja dari segi tenaga, masa dan kepakaran tetapi juga turut menghulur derma bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Kem ini akan diteruskan pada 14 Julai ini pula dengan tenaga pengajar dan kepakaran motivasinya hanya dikalangan guru-guru sekolah ini. Go!!!Nang...

Tiada ulasan: