Jumaat, Julai 13, 2007

Setiap hari Khamis bermula pukul 12.50 hingga 2.00 petang, semua guru-guru SK Gong nangka mengikuti kelas Bahasa Inggeris dibawah program bimbingan taulan yang dikendalikan oleh guru-guru opsyen Bahasa Inggeris sekolah ini. Program ini meliputi pengucapan awam, mikro teaching, ujian dan tetorial. Menurut Cikgu Roshida yang merupakan PK 2 sekolah ini, beliau amat kagum dengan kerjasama, kesungguhan dan ketekunan semua guru sekolah ini dalam usaha mendalami dan menguasai Bahasa Inggeris. Sudah tujuh kali program ini diadakan tidak ada seorang pun lagi guru yang ponteng kecuali jika terlibat dengan mesyuarat diluar, tetapi jika mesyuarat diadakan di PPD Marang, guru-guru yang terlibat biasanya menghabiskan dulu sesi ini sebelum ke PPD.
Selain daripada itu, SKGN juga mengadakan kelas P&P Muzik untuk guru-guru subjek muzik setiap hari Rabu ( 12.50-1.50 t'hari) dibawah bimbingan fasilitator jemputan, ini kerana SKGN tiada guru yang mempunyai kemahiran mengajar subjek ini, dan sebagai alternatifnya kelas ini diadakan, kata ketua panitia muzik Cikgu Zaimah.
Guru-guru SKGN Tekun menjawab soalan ujian muzik.

Tiada ulasan: