Rabu, Julai 18, 2007

PKKO BARU SKMARANG







PERTUKARAN & LANTIKAN BARU PKKO, SKMARANG
En. Mohd Noor bin Hassan telah berkhidmat di SKMarang selama 5 Tahun disini sebagai Pen. Kanan Ko telah bertukar ke SK Banggol Katong mulai 1 Julai 2007 baru-baru ini. Pihak SKMarang amat berterima kasih di atas jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh beliau kepada sekolah ini. Terutama dalam pentadbiran dan pengurusan bidang Kokurikulum sekolah. Terima kasih sekali lagi. Selamat bertugas di tempat baru.

Berikutan dengan pertukaran tersebut, PKKO baru telab dilantik. Dari jawatan Penyelia Petang selama 7 tahun di sini, En Razali bin Che Mat telah diberi kepercayaan seratus peratus untuk menerajui bidang kokurikulum sekolah ini. Beliau juga terkenal dengan guru berjiwa seni telah beberapa kali telah mewakili pelukis-pelukis negeri ke peringkat negeri dan kebangsaan untuk menyertai Pameran Senilukis Peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan atas lantikan ini. Selamat menjalankan tugas.




Tiada ulasan: